// I Do Adore
Another LIED.

sape kata kau gemuk?
Nov 6, 2010 ? 1 Written ?
assalamualaikum pembuka bicaraa(:
 hai sekalian makhluk! tidak kira manusia ataupun binatang istimewa mahupun aliens. ahakkss!
 lame kan aku tak menulis di sini, kan kan kan?
 rindu tak kat aku? haha(: aku sehat je skrg ni, dan tumbesaran aku berjalan dgn lancar je. kauorang jgn risau(;
so, mcm mane pulak dgn kauorang? sehat tak? kalau sehat, cepat kata PEACE. haha, whooaaahhh! nmpaknya semua sehat nie, hebat hebat, okayy, jum aku ceritakan cerita yang aku nak cerita kat kauorng supaya kauorang dpt dengar cerita yg aku akan cerita nie. haha. berbelit kau!

 amaran : cerita ini tiada kena mengena atau kaitan atau sangkut-paut dgn moyang punya atuk sebelah nenek kau yang masih hidup mahupun yang meninggal dunia, yang pengsan atau koma pun tiada kaitan ye ye ye ?
 
alkisah~ toiyibbbb!
 cam nie ha, nak tanye kaum hawa nie, kalau org kata kat kauorang mcm nie, ape respon kauorang?

 " eh bedahh! asal kau makin debab sekarang, da tak de potongan la nyah! patutlah laki tak sangkut dgn kau"
 atau ayat gramatis yang lain,
 "bedah gemuk la sekarang, ini belum bersalin lagi. bru bertunang 2 hari. ish3, buat malu je la"

 aiseyman! power gler ayat tu, menusuk kalbu! rasa macam nak pecahkan kepala dia guna sportrim atok aku! haha. inilah sensetiviti wanita. (ejaan salah kan?) dalam diri wanita, perkatan "gemuk" , "debab" , "buntal" , "besar" , dan sewaktu atau seangkatan dengannya adalah perkataan yang alergic buat wanita. kalau girl tuh dgr je word " GEMUK " naaahhh! mulalah hilang selera makan, nak diet la, tak nak makan la, hah! last last. dia sendiri yang jatuh sakit, apo cter!


nahhh! pernah tgok rancangan nie tak? kat HALLMARK channel, skrg da tukar nama jadi ape tuh, ala, lupa la, ish! bgus rancangan nie! aku sokong gler, ye la, rancangan nie kan mengajar kita cara pengembalian atau pengurangan badan yang teramat gila ideal untuk org2 yang terlebih weight. selain tu, rancgan nie jugak mengajar kita cara pengambilan diet yang seimbang dan sesuai untuk tubuh badan. kau tgok org kat dalam gambar bwah nie, korang rase terkejut tak?


hah, kuruskan! slim kan! jeles kan! well, tu peserta  THE BIGGEST LOSER yang berjaya mengembalikan bentuk badannya yang ideal dan slim. hah, kenapa dia boleh dpt badan mcm tu? hah, kenape? kenape? itu sebab dia ikut semua yang dinasihatkan oleh para pelatih dorang, dorang jugak sentiasa mengamalkan gaya pemakanan yang cool, then, senam hari hari, hebat kan? ni, aku nak show lagi satu gmbar, da, jum p bawah,


aiseymann! kau tgok kau tgok! bpak slim la, dari mula badan serupa ibu gorilla bole dpt badan mcm angelina jolie kau! hah, jgn jeles! well, itu pemenang rancangan THE BIGGET LOSER. hah, hebat kan perubahan dia! jeles aku!
pernah dengar tak product nie? naahhh! ini pun salah satu inisiatif yang boleh diambil oleh para manusia yang menghadapi masalah kolestrol yg berlebihan, tpi, ini kena money yang bnyka la, nape? kau ingat nak jumpa pakar ni byar sehingget dua ke? jgn harap la. kau nak kurus, kau kena korban, haha. sekali satu sesi je, mau lima enam ribu. bagi orang mampu, tak pe la, kalau yg tak mampu, kau pergi je la bersenam kat dpan umah, mcm aku nie. hehe.

 okayy, aku sungguh baik hati hari ini untuk berkongsikan sedikit tips ringkas untuk menguruskan badan. aku dpt nie dari laman http://petuasejagat.blogspot.com/2009/07/10-tips-ringkas-kuruskan-badan.html .
kau orang boleh la survey laman nie kalau nak tips lebih lanjut,

selamat men-try! (;
1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu. slalunya 0.5kg adalah angka yang boleh korang dpt turunkan dgn mudah, ha, cuba la bhaii ! kalau dpt kurangkan 0.1kg pun dah bagus tau!

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Kemudian, disiplinkan diri kauorang supaya makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian kauorang laa..

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya kauorang tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari kauorang dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

10. Akhir sekali, pastikan kauoang mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

hah! da paham, great great! memang bukan mudah untuk kuruskan badan, tpi tak salahkan kalau kita berusaha. haha. ingat la eh! makan untuk kebahgiaan bukan untuk kesengsaraan.

 okaylaa! salam sayang, kasih , cinta, rindu, love. miss, untuk korang semua! tatatititutu tut tut tutt.


 p/s: saya najwa amirah berazam ingin mengurangkan berat badan sebnyak 5kg untuk mendapatkan badan seperti maya karin! oh yeahh!


You're AWESOME :)




Older Post . Newer Post